Booth

27 May 2013

Hari Anugerah | Cemerlang STPM 2012

Assalamualaikum !


Hai .


Olla Olli Cikubum Cikubum !!

How's you're guys doinggg ? Ge-ge-ge-good?

18 Mei yang lepas aku pergi semula sekolah lama aku setelah menerima surat jemputan daripada mereka . Jemputan apa ? Haaa, jemputan ke Majlis Anugerah Kecemerlangan . ''HARI ANUGERAH KILAUAN BESTARI, UNGGUL PERSONALITI'' Perghh, kira yang amek anugerah pada hari tersebut personaliti mereka unggul lah eh? Hehe, (senyumm nipis~)



Aku dijemput sebab nak ambil anugerah result STPM 2012 . Alhamdulillah , syukur sangat dengan result yang diperoleh .



Hehe, lama beb aku sekolah kat Tun Habab tu . 7 Tahun . 7 Tahun yang penuh suka dan duka . Last aku naik pentas masa amek anugerah PMR . Haha, time SPM memang hampeh . Itu la, bila tak paham tak nak tanya, belajar lagi last minute pastu main-main . Tapi, secara jujurnya SPM memang susahkan? blerghh, kalau tak belajar memang lah susah nek oii ~ Takpe, itu semua sejarah . 

So yeahh, aku naik pentas amek Anugerah STPM Kategori Cemerlang . Cemerlang bersama rakan-rakan yang tak jemu-jemu dok mengajar aku kalau aku tak paham dan sudi meminjamkan kerja rumah mereka kat aku . Haha . Terima kasih kawan-kawan 6 Al-Jauzi kerana sudi memabantu rakanmu ini :p

Kalau korang tengok gambar tu, aku redbox kan budak kelas aku yang dapat anugerah . 6 Atas Al-Jauzi . Hehe, diorang ni memang pandai-pandai belaka . Ada yang pernah merasa dapat pointer cecah 3, pernah dapat nombor 1, dan menjadi budak target . Nama aku je yang tersesat masuk kat situ tanpa dijangka . Alhamdulillah ~  

Kelas kitorang amek subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Pengajian Perniagaan. Memang subjek yang susah dan perlukan banyak pembacaan tapi kalau kena dengan cara belajar, in shaa Allah Allah akan buka hati, dan minda kita untuk menerima pembelajaran . Tips belajar tu next entry je lah eh . 

Ini flashback aku masa result STPM diumumkan .

Sebenarnya masa result exam diumumkan pada 18 Mac yang lepas, aku rasa macam tak percaya . Seriously Maizurin Ismail tersenarai dalam 15 orang keputusan STPM terbaik? pointer 3.59? Syukur~ syukur~ air mata bergenang apabila namaku diumumkan. Gembira dalam tangisan . Memang tak percaya tapi itulah kenyataan . 

Startingnya masa cikgu nak umumkan 15 orang yang dapat STPM terbaik, aku berdebar sangat dengan harapan nama aku ada sekali dalam senarai tu. Nama pertama yang diumumkan ialah nama Mazlina ( hmmm dah agak dah ~) lantas aku ucapkan tahniah dan memberikan tepukan . Gembira untuk dia sebab result dia before2 this memang stunning. Seterusnya, nama Asmizah . Haa yang Asmizah ni memang aku geram time tu sebab dia BFF aku and asek dok kata kat aku '' Mai, kita takutlah result kita tak ok sebab masa tu kita memang blur nak jawab karangan PA dengan BM . Merepek sangat rasanya . Habislah kita ~'' Tapi, ni haaa dapat jugak top 15 . Aku tengok si Asmizah terkejut dan nangis . Tahniah untuk awak Oyot ! Itu namanya rezeki .

 Lepas tu cikgu umumkan keputusan yang seterusnya . '' Ni saya tak tahulah Puan ke Cik ni . Calon STPM 2012 yang mendapat keputusan terbaik STPM seterusnya ialah Maizurin binti Ismail dengan memperoleh pointer 3.59 '' Sumpah aku terkejut ! It's me?!! Ya Allah , syukur ~ syukur~Aku tak tahulah macam mana muka aku masa ambil result di tangan pengetua . Ayaq mata ja keluaq . Lepas tu masa nak duduk kat sit aku, cikgu aku a.k.a King Saha siap cakap lagi . '' Haaaa, Maizurin ni dulu dalam kelas kalau time belajar asek haaaa huuuu haaa je menguap memanjang. Ini bermakna orang yang mengantuk dalam kelas pun boleh dapat keputusan yang baik.'' Satu dewan gelak tapi ada aku kesah ? Haha, masa tu emosi tak stabil dan terus mengalir air mata kegembiraan ~~~

Kemudian, aku terus call mak dalam tangisan dan bagitau result aku . Sebenarnya mak aku tak dengar pun apa aku cakap dan mak tak tahu pun result aku . Bila dah sms baru lah mak faham. hehe, kelakar je mak aku ni . Then, berpusu-pusu lah sms masuk kat hp sebab nak tanya result . Mana yang dah tau tu sms ucapan tahniah diucapkan . Alhamdulillah, Terima kasih :)

....... Begitulah flashback saya ........


- Piala | Sijil | RM 100-
Alhamdulillah, walaupun masa TRIAL STPM aku cuma dapat 2.25 je pointer tapi berkat usaha , pertolongan dan doa dari insan-insan disekeliling aku, aku berjaya mencatat satu kejayaan bermakna dalam hidup aku . Semua ini rezeki . Rezeki yang Alah beri . Syukur~ 

Ini juga merupakan satu permulaan dan aku berharap agar ada lah rezeki aku dan kawan² nak sambung belajar hingga ke menara gading . In Shaa Allah, Aminnn :)


-Peka | Aida | Comel | Asmizah | Mazlina-


p/s : STPM . Sijil TerPayah Malaysia . Ahaks ! :')




02 February 2013

Panduan Memilih Kursus dan Universiti bagi Program Kemasukan 2013/2014 Bersama Cikgu Maizurin Comel .


Assalamualaikum !

Bismillahiraahmanirrahim ~

Hai .

- Me and Herda . Miss her ! -
Saya berusia 19 tahun 6 bulan . Cita-cita nak jadi cikgu. Cikgu apa? Kaunselor maybe?  So, sekarang ni saya tengah tunggu result STPM saya keluar. Siapa kat sini amek STPM jugak?! Hihi, okayy kita boleh geng ~ 

Sebagaimana yang saudara dan saudi saudari maklum, selepas STPM kita mesti nak masuk Universiti dan perkara wajib nak masuk U memula ialah beli nombor pin IPTA kat BSN sebagai ID number untuk log in bagi mengisi borang UPU . Okayy, hal ni mesti ramai punya yang dah setle. Cuma perkara yang belum setle-nya ialah korang dah isi borang UPU ke belum ?


Maybe ada yang belum bersedia nak isi sebab :

- Tunggu keluar result dulu baru isi.
- Sebab tak tau nak isi macam mana .
- Sebab tak tau nak pilih kursus apa.
- Sebab tak tau nak pilih universiti mana.
- Sebab berbelah bahagi sama ada nak sambung degree atau nak kerja terus sebab dah sedap kerja pegang duit segala macam.
- Dan beberapa sebab musabab yang lain. Huhu, maklumlah setiap manusia ada masalah tersendiri yang menghalang daripada nak mengisi borang UPU ni. Bukan kita je ada masalah, lembu, kambing, ayam, ikan, burung - kurr-kurr-kurr pun ada masalah jugak kan? Haha- ahhh tetibe !


Listen ! Listen ! Listen !


So, di sini saya nak lah ngajor kalian yang belum isi borang UPU tu supaya mengisinya. Maklumlah, cecita pun nak jadi kaunselor so kena praktis lah ngao mengajo ni. Hehe. Ini bukan tutorial eh tapi ini sekadar perkongsian apa yang kaunselor saya dok ngajor saya tiap kali saya cuti di McD. haahaa.. amekkaw kami berdiskusi di McD. Kau hado?

Okay, malas nak bebel panjang. Check this out !

Link berikut merupakan pelbagai jenis kursus dan universiti. Korang isi je maklumat yang dia minta dan ikut arahan. Haii, dah 19 tahun kot, takkan baca arahan pun tak reti kan~ HIHI,  after you read the terms it is much better if uolss print it. Senang juga nak buat rujukan.


                                       - Click gambar untuk terus ke link -


Hamboii, membina semangat tak gambar yang saya letak ni? Hhihi .


Daripada Senarai berikut, sila shortlist kan se-minima yang mungkin . 


Kemudian, korang pergi pula kat link ini >>>> MAIZURIN COMEL <<<< dan click pada syarat khas kemasukan. Then, korang study lah syarat kelayakan universiti dan kursus yang korang minta. Jika bersesuaian, kekal-kan. Jika tidak, boleh buang dari list. Make the list more shortl sampailah cukup 12 pilihan kursus. 

Macam mana nak susun? Haaaa~ Setahu saya lah kan, jika degree yang korang minta tu ada #kepujian yang memerlukan korang untuk di-interview, korang kena letak di level atas-atas. Manakala, pilihan yang lain korang boleh susun di bawahnya lah.

Antara strategi pemilihan kursus dan universiti.

- Korang boleh isi semua universiti yang sama tapi kursus yang berbeza atau
- Korang boleh isi semua kursus yang sama tapi universiti yang berbeza.

Namun, strategi pemilihan lepas dapat result pula lain ye. Itu nantilah saya bagitau. Alaa, kita kan ada 3 kali kemas kini lepas kita hantar maklumat sekali. 
 Last date is 15 APRIL 2013 So, no worries.

Okayy, sekian sahaja untuk kali ini. Selamat ber-study ye kawan-kawan. Semoga kita semua dapat melanjutkan pelajaran ke-menara gading . In Shaa Allah. Usaha sudah, sekarang doa dan tawakal ! Aminnn ~

Bawah ni contoh kursus yang saya minta . Saya punya banyak pilihan. Hihi, takpe takpe saya pergi timba ilmu lagi nanti saya bantu kalian pula ye. Haaa ! Jika ada nak kongsi apa-apa maklumat bolehlah emel saya di smilezurin93@yahoo.com . 

- Sila click untuk tumbesaran gambar-

                                                  HIhi, sekian wasalam~




24 January 2013

RECEPTIONIST PALING BERTUAH ABAD INI -


Assalamualaikum 

Hai .



-click gambar untuk tumbesaran-

KOTA RAINFOREST RESORT !

Yesss! This is a resort nearby Kota Tinggi Waterfall.

Sungguh bertuah diri ini sebab dapat kijee kat resort yang tenang, nyaman, serba hijau dan ala ala overseas getewww kalau hari hujan la kan~ Hihi . Almaklumlah, konsep resort pun ''BACK TO NATURE'' so this is the best place to rest with peacefull surroundings - senyum :)

17 Disember 2012 - Ini merupakan pekerjaan pertama saya sepanjang perjalanan hidup ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.  Cuma di minggu pertama je saya rasa macam nak pitamm sebab yelah saya kan baru kerja, banyak benda yang tak faham lagi dan semua itu perlu saya belajar. Bila dah terbuat salah baru rasa macam - Owhhh, macam ni jadinya kalau salah dan lepas ni jangan buat lagi sebab dah tau dah apa kesannya. Seronok sebenarnya kerja sebagai receptionist ni. 

Seronok kenapa?

Haaa, rasa seronok sebab dapat belajar macam mana nak berhadapan dengan karenah manusia dan cara berkomunikasi - ehemm ehemm perkara ni juga saya anggap sebagai latihan untuk saya sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti kelak . Nak jadi cikgu okayy so mesti pandai cakap dan kawal keadaan. Selain itu, antara tugas yang perlu saya lakukan ialah angkat call, melayan customers, menguruskan keadaan bilik dan kunci bilik , mengetahui kesemua tugas yang sedang dilakukan oleh pekerja lain dan paling mencabar ialah membuat keputusan dalam masa yang singkat dan mengagak pemikiran serta kehendak guest . Di pendekkan cerita tugas saya ialah pengurusan secara menyeluruh secara minima namun jika maksima ianya lebih baik ! -


-Lobby-

Mengenai hubungan bersama rakan sekerja pula amatlah baik . Kami semua ibarat keluarga. Di sini saya mempunya abah, mak, kakak, abang, dan semuanya lah yang mengambil berat tentang saya. Maklumlahhh, kat situ saya yang paling muda dan manjaaaaa ~ -Puii, sila muntah! Haha . 

Makanan pula resort sediakan so memang awesomeeee!

Majikan saya sangat lah baik hati. Aduiii syahdu tau nak cerita kebaikan mereka loving husband and wife. Selain daripada berbudi bahasa yang tinggi, mereka juga amat bertimbang rasa dan menjaga kebajikan sosial emosi pekerja. Mereka menegur dengan berhemah andai pekerja membuat kesilapan. Kalau tak paham, better lah tanya kat boss sebab boss akan explain sehabis baik dan sediakan contoh untuk memudahkan kerja kita. 

Huhu, yang paling best masa bulan Disember lepas 2 sambutan hari jadi dilakukan . Walaupun hanya potong kek tapi cukup menghiburkan dan menceriakan . 3 Januari lepas pula pihak resort buat Family BBQ Night! Malam tu seronok sangat sebab macam² agenda ada. Pertandingan Karaoke, rebut kerusi, tiup belon, dan menari. Hihi, alhamdulillah saya menang tempat ketiga pertandingan Karaoke. - Okayy, ini poyoo~! 

Hmm, resort tempat saya kerja ni menyediakan makanan kepada semua staff. Kakak kitchen akan tapaw semua makanan untuk staff la . Saya bawak tapaw sendiri sebab tak selesa la nak share. One day tu someone amek tapaw saya. Huwaaaa sedihnya! Sedih lah sebab first I dont like sharing my tapaw then because I'm so Hungry ! My boss asked me if I'm done my dinner or not . Then, I told him about my tapaw . You know what happen after that?!

My boss igored me ?

My boss yelling at me as I'm so childish ?

No no no !

All wrong .

My boss going to kitchen then cooked me Fried Chinese Noodles .

Yummmeyyhh?

Not really . 

But it was so

Yummeyhh yummeyhh hao liao !

Haha . over tak I cerita uolsss~  Serius kerja sini memang best . Hehe, Next time saya cerita pula apa yang ada dan aktiviti di resort tempat saya kerja ni eh. Till then , bubyeee :)






17 January 2013

Pertama Kali Kerja di Tempat Kerja Pertama.



Assalamualaikum .

Hai . 

Untuk maklumat kalian, penulisan kali ini agak panjang . Hihi, dah kepam lama dah cerita . 

STPM sudah berlalu sebulan yang lalu. Hanya berdoa dan berserah je lah keputusan yang bakal diperoleh. Doakan saya dapat pointer 3.7 ke atas eh. Thank you ... -



Ye, zaman belasan tahun telah pergi dengan jayanya dan tahun ni saya akan berganjak ke umur 20 tahun. Hmmm, kenalah terima hakikat yeen oii~ Zaman sekolah telah berakhir dan kini saya masuk ke dunia pekerjaan yang penuh dengan onak duri ranjau belukar (cewahh, orang yang kata macam tu.) Hii, eh kejap,Maizurin kerja ?!! (please jangan pelik!)

Saya mengaku saya memang takde pengalaman memiliki majikan sebelum ni.  Dulu, masa habis SPM saya memang tak kerja sebab kununnya nak habiskan lesen laa, itu laa ini laa . Mak ayah saya pun ok je . Paling berani pun saya buat bisnes online jual tudung dan beg. Huhu.

Namun, bila dah habis STPM ni kalau tak kerja rasa macam.....- arghhhhh mana aku nak cekau duit! <--- berkata dalam hati. hihi. Masa zaman sekolah boleh lah tiap minggu ayah bagi duit poket dengan duit minyak . Now, NO MORE. By hook or by crook I must find a job . Tapi saya tak pernah kerja sebelum so memang zero pengalaman lah kan. Sobss sobss (T.T) 

13 Disember 2012 - Tarikh ni merupakan pengalaman kedua saya pergi interview. First time dulu masa SPA. Interview di mana? Haaa, interview dekat tempat kerja saya sekarang ni la . Hihi. Masa interview tu saya rasa macam tak sedia sangat . Saya pergi interview dengan kawan saya . Miss M. Miss M sangat expert mengisi borang kerja sebab dia lebih berpengalaman. Saya ni isi borang kerja pun tak betul. Ada yang salah isi dan comot! OMG, Borang tu comot sebab siapa entah makan bubur pulut hitam kat meja tu then tak lap. 

Hampeh sangat rasanya saat itu.

Kemudian lepas isi borang tu saya oberve lah kawasan sekeliling sambil berniat dalam hati semoga mereka terima saya bekerja di sini. Heee :D Tak lama lepas tu, kami pun dipanggil untuk di interview . Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar . Jika diterima, mereka akan call lagi 4 hari dan saya pun menunggu dengan penuh sabo-nya. 


Selepas 4 hari menunggu, akhirnya mereka menelefon saya. Alhamdulillah saya dapat kerja tu iaitu sebagai Receptionist + sometimes as a small clerk.

Ehh jap, saya ni asek cerita je 'kerja tu' tapi tak bagitau pun kat mana kan? Hmm, kalau nak tahu saya kerja di...-jeng jeng jeng~

(......to be continued.....)


















ERRRRRR ~





















Okaylah saya bagi hint eh. Letak gambar je boleh?



Ok, ini hint je. Nanti bila free saya update lagi. 

Salam ;)







08 December 2012

Kesihatan dan Kecantikan. Yang mana lebih penting?



Assalamualaikum

Heyy readers !

Hihi, antara kesihatan dengan kecantikan mana yang lebih penting . Sudah semestinya kesihatan diutamakan. Namun, bonus lah kan kalau dah sihat kemudian cantik pulak tu . Ngeeee ~

Okayy, saya nak memperkenalkan satu produk yang best . Maybe ramai yang dah tahu produk ni tapi saya saja je nak promot lagi biar semakin hangat di pasaran . Yeahhhh !

Hurmm, just for helping my sistersssss sell mereka punya barang kesihatan dan kecantikan tapi serius barang diorang AWESOME! Pakal je fulus belum masyuk, kalau tak memang dah lama dah saya borong semua . Alahai, sadisssss ~

First of all is LOTION FELINNA BEAUTY


APA KEISTIMEWAAN FELINNA INCHLOSS NI SEHINGGA MENDAPAT SAMBUTAN PALING HANGAT MASA KINI?

* Diformulasi dari bahan semulajadi yg selamat utk semua, termasuk wanita hamil (syarat nya jangan sapu pada perut dan belakang pinggang), untuk ibu menyusu atau mereka yang gastrik.

* Dibacakan 30 juzuk al-quran di maahad tahfiz Bukit Mertajam, P.Pinang. Semoga lebih dirahmati dan memberi kesan sebagaimana 

diingini pengguna.(Jd jangan langkah ya, simpan di tempat yang sepatutnya.)

* Yang sedang makan pil kurus atau dalam rawatan kurus pun boleh guna untuk menambahkan kecepatan proses pembakaran lemak.

* Selain menghilangkan lemak2 berlebihan dan selulit, ia juga memperbaiki/merawat tekstur kulit badan agar lebih sihat, anjal, berseri serta memberikan wangian semulajadi.




# Personally, saya pun tengah try product ni . Dalam proses . Hihi, baru je pakai . In Shaa Allah next time saya riview eh product ni . Yang penting kenalah rajin . ♥


Next Product is KOLAGEN ASLI


Haaa, jangan kau fikir ini bahan yang nak buat agar-agar tu atau pun asam janggut yeee . Ini merupakan Kalogen Asli Rumpai Laut .

Apakah kebaikannya?

Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON, peningkatan PAYUDARA
Anti-bakteria, membuang TOKSIN
Menghilangkan SEMBELIT
Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension
MENCANTIKKAN KULIT, MELICIN dan MENEGANGKAN kulit serta PAYUDARA (anti penuaan)
Memulihara sel-sel kulit mati (JERAWAT)
Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT, mengurangkan KEDUTAN, TEMPAT HITAM, SELULIT DAN JERAWAT
Membantu meningkatkan METABOLISME
Meningkatkan fungsi stomatch
Membantu menghapuskan nefritis, Artritis, basal
Menguatkan saluran darah, meningkatkan penyakit sendi, kecacatan kolagen, darah badan dan purpura haemorrhagica
Meningkatkan PEREDARAN DARAH, dingin dan mencegah sakit bahu
Berkesan bagi orang-orang yang telah sarcoma atau TUMOR
SLIM UP abdomen dan PUNGGUNG anda, melembutkan kulit dan mengurangkan sakit pinggang
Mencegah ANEMIA
Mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang, sinews dan ligamen serta lebih rendah sakit belakang dan sebagainya


# Haaa, produk ni saya bakal cuba . Pun nanti In Shaa Allah saya akan riview di blog . 

Produk ketiga pula merupakan produk yang sangat BEST !



Dah namanya pun peminat korea kan? Soooo, kalau boleh semua produk korea saya nak cuba. Mesti mau beli ni !!

So, siapa yang nak sihat dan cantik tu ada tak produk yang korang minat ? Hihi, senang kalau nak tahu dengan lebih lanjut boleh lah terus ke page mereka iaitu :


JANGAN LUPA LIKE sekali eh :)




xoxo.Yeen.Tata :)








22 May 2012

♥ PLEASE SEARCH SMILEZURIN ♥



Assalamualaikum


Hye semua . Lama sungguh saya tak update kan ? Ngehhx3 maklumlah busy dengan midyear exam tapi dengan  suara yang berkuasa halilintar ini saya ingin umumkan yang saya sudah BEBAS! Bebas dari segele-gelenyeww~ Huhu, alahh midyear je pun bukannya habis STPM . So, tadi last PAYYYYPERRRRR and saya rasa lega sebab saya dapat buat . Alhamdulillah . (Paper tu je lah yang aku yakin jawab tapi paper sejarah , mak haihh~ ketaq lutot cheq bila ingat semula apa cheq jawab naaa ~ )




Okayy, hari ini saya nak bebel pasal Instagram . Haaa, apa itu instagram? Click sini  ----> SINI Secara ringkasnya instagram ni macam laman sosial tapi khas untuk pengguna iPhone, iPad, dan segala ai ai yang adalah . Hihi, oupss tidak lupa juga kepada pengguna phone yang ada applikasi ANDROID (macam saya). Alahh, korang pun mesti ramai yang ada instagram kan ? Tapi saja je tak nak add saya . Sobbss sobbss :'(


Kat instagram ni kita tak boleh nak post status meluahkan perasaan macam kuih donut mak jemahh dah habis, jiran bukan tv volume over limit sampai nak pocah gogondang telingo atau update status gaduh-gaduh dengan pakwe getewww sebab kat sini just boleh post gambar sahaja maaa . Sangat awesome! 


Saya suka instagram sebab mata saya terpelihara daripada membaca segala sumpah seranah atau makian atau lepasan geram manusia-manusia yang menjadikan status box tu tempat mereka melempiaskan nafsu serakah amarah mereka . Kalau sikit-sikit atau kiasan tu ok lah juga. Ini ..... Sohai ~ Kalau lah status box tu boleh bercakap maunya dia doq maki hang balik sebab bosan dah dia jadi bahan amarah . Cissss !




Hehe, amboihh lain topik dah saya ni. Hurmm, so apa tunggu lagi marilah download applikasi Instagram ni dan jomlah add saya > SMILEZURIN <


Sekian terima kasih :)


Ehh ehh, untuk menambah hati yang girang jomlah cipta sejarah dengan join projek ini . Click -----> SMILESMILESMILE <


Eheem, ada orang tu lulus jpj lah. Yeayy ! dah ada lesen dah :)





30 November 2011

Duduk Sebelah 2PM dalam flight !!



Assalamualaikum  

Hye korang !!


Hmmmm, korang kenal tak kumpulan 2PM ? Alaaaa, group K-POP yang femes dengan lagu HANDS UP tu ~ Tak tahu ? Betul ni tak tahu ? Okayy, aku tunjuk eh gambaq depa ↓


Aigooo ~ Handsome seyhh . Aku minat sangat kat diorang ni . Heee . 

Okayy, cerita dia cenggini . Masa aku nak balik Malaysia from Korea masa bercuti ke sana minggu lepas, aku pun naik lah flight Korean Air . Hurmm, boleh tahan lah flight nye . Ikutkan hati ni nak je amek KOSMO SUITES tapi apakan daya enggak mampu sih . Hence, aku amek Class Sleeper Seat je . Alhamdulillah selesa juga . Namun, tahap kecumburuan pada ahli jutawan tetap membuak-buak . Hihi .


FIRST CLASS KOSMO SUITES 


Perghh ! kalau dapat suites yang ni memang kompem aku tak nak turun flight weyh. Syok yang amat ! privacy sangat terjamin dan layanannya ummmpphhh ! (Y)

Hihi, tapi aku mampu amek yang ni je ↓


FIRST CLASS SLEEPER SEAT 



Ini pun dah cukup alhamdulillah dah selesanya . So, aku pilih untuk duduk di sebelah tingkap dan masa tu seat lagi sebelah tu kosong. Aku pun apa lagi, keluarkan lah IPad 4 aku and watch korean video's yang aku save dalam IPad ni. Syokkk kemain nye aku sampai tak sedar dah ade orang dah yang duduk sebelah aku.


Hurmm, orang ni pelik juga aku tengok . Lelaki yang berbaju hitam , bertopi dan pakai spec. Aikk? spy ke hape ni ? Lantak hang la ~ janji hang tak kacau aku . Ehemmm, nak jugak tegur mamat sebelah aku ni tapi aku tak tau nak cakap bahasa apa. For sure, aku tau lah yang dia ni golongan Asia tapi dia ni cina ke ? Nanti aku cakap cina tetibe dia orang korea pulak . Kang aku cakap korea sekali dia orang jepun. Kalau aku cakap jepun nanti dia jawabnya dalam bahasa Thai. Lagi nahas kalau aku cakap Thai kang tetibe je dia bagi salam! Hahahaha :D


So, aku teruskan jelah xtvt menonton video K-POP aku ni . Anyway, dah namanya nengok korean video's ofcoz lah ade joget-joget so aku pun apa lagi syok lah juga dance sikit². Sometimes, movement aku tu terkena bahu dia . Haaa~ tersengguk -sengguh aku menunduk kepala say sorry . Ekekeekek ~ lagi-lagi bila lagu HANDS UP by 2PM and MY EAR CANDY by TAECYEON. Alorhh, ingat aku tak perasan ke kadang² si mamat sebelah aku ni dok join sama nengok . Ceittt !


OMMMOOO I TAECYEON !


Aku still play lagu 2PM and replay part TAECYEON rap. Hihi, aku pun macam nak juga berkenalan dengan mamat sebelah ni. Jom baca ↓

ME & HIM

Hi, which country you come from ?
*senyum 

I'm from Korea ~

Ohh, Annyongg ~

You know korean language? Where are you comes from?

A bit coz I love watch  korean's drama and always listen to K-POP song's . I'm from Malaysia . See !
*sambil tunjuk keychain lambang bendera .

Oh I see ~ I saw that you keep replay 2PM video's and especially on taecyeon part.

Yeahh ! I really love 2PM but I most adore Taecyeon as he is so handsome, smoothly dancer and have a nice body. 
*amboihh, kemain aku bagi penerangan terperinci .

Really ? Wow, Sound great ! So you such a big fans of 2PM right ?

Yess I am, but mostly as Taecyeon fans .
*senyum sengeh .

That's awesome ! 

You know what, 2PM held a tour concert this friday at Stadium Negara, Malaysia . But sad, I dont have the ticket as all of them were sold out .

How pity you are cute girl.
*sambil buka topi dan spec.


OMGGG ! Taecyeonnnn !! It's TAECYEON OPPA !


Subhanallah ~ separuh menjerit aku. Bayangkanlah bila hero idaman korang ade depan mata. Rasa macam ape jeee ~ Happy sangat ! sangat ! sangat ! Tak sangka aku satu flight dengan group 2PM . Yeahh, depa pun OTW to Malaysia sebab concert tu la. Aku bangun jap dan tengok sekeliling. Ommoooo ~ Nickun, Wooyoung, and all the members were here. Diorang siap senyum-senyum lagi . Ni mesti depa dah dengar apa yang aku dok bual dengan taecyeon tadi . Malu lak den -.-'


So, aku pun apa lagi makin rancaklah berbual dan aku tau korang mesti tengah jeles gilos babeng dengan aku kan? Hehe, rileks la ~ Ni kebetulan je kot . Hurmm~ Aku pun tak lepaskan peluang untuk ber-snap snip snup dengan Taecyeon Oppa ♥ 

Here There are ↓


Nommmnommm, masa ni aku nak pergi toilet but at the same time makanan dia sampai . Errk, dia order ape entah aku pun tak tau . Hihi, aku pun snap la. Comel kan ?


Haaa ! Ni pula gambar yang aku dah print. Aku dera Taecyeon buat pose yang paling gedik-gedik manja dengan aku :) Hihi , super cute oppa


So, this is our photo :)



Heee, ini lah kami . Tapi aku dah cover muka sebab aku tahu ramai yang jeles kan tengok kemesraan kami *ayat tak leh blaa ~ . Haha , yelah sat g ade orang dengki dengan aku kang dia mantra and manderem kan aku acano ? Hihi, maklumlah skunk ni memey ramai GERAM ngan aku . Kan Kan Kan ?


Masa dalam flight tu aku rasa happy sangat ! Aku tak akan lupakan kenangan manis ni dan akan ku simpan dalam memori daun pisang aku sampai bila² . Aku rasa macam jangan lah flight ni landing dulu . Hihi *over lak ~ Taecyeon say sorry sebab dia takde tiket FREE nak bagi pada aku as semunya diuruskan oleh pengurus dia . Well, semua sold out . But, aku pun tak kesah sangat pasal tiket konsert sebab aku dah spend 12 jam dengan dia dalam flight nak di bandingkan dengan watch concert setakat 2 Jam 30 Minit tu . Kan ?


Borak punya borak sampai lah aku rasa mengantuk . So, aku decided nak tidur lah terus . But, masa tidur tu kepala aku dok hentak² cermin tingkap flight je. Lepas tu aku dapat rasa ade tangan yang tarik kepala aku then lay on his shoulder . Hihi, of coz that is Taecyeon Sweet right ?


But,  after a few hours later aku dapat rasakan gegaran . At first, aku ingat nak avoid je gegaran tu tapi makin lama makin kuat . Bila aku buka mata aku nampak Taecyeon dah melayang tercampak  jauh dari seat dia . OMGGG !


Aku tersentak ! Damnnnn ! Rupanya gegaran tu wujud ekoran adik-adik aku ketuk pintu bilik dengan rakusnya sebab nak kejut aku bangun tidoq . Cisss, menganggu je aku nak bermesra-mesraan dengan taecyeon oppa . Ehh, mana pergi taecyeon ?


Huwaaaaa ~ Taecyeon takde . 2PM takde . Jadi yang semua semua tadi tu mimpi lah eh ? Hanya MIMPI ? Ya Cik Tomato, semua itu cuma mimpi ekoran kau terlalu taksub pada Taecyeon Oppa kau tu -.-'


LOLZ ! Itulah kawan², pengajarannya jangan lah kite terlalu taksub dengan sesuatu benda nanti terbawa-bawa dalam mimpi. Aku ni pun jenis kuat imaginasi so no wonderlah aku boleh mimpi sampai macam ni sekali. Hihi, Tengok ?! Korang yang baca kisah hikayat mimpi aku ni pun jadi geram kan? Haa~ itu bukan niat aku nak buat korang geram, aku cuma nak berkongsi mimpi je . Hek² ~ 



I Taecyeon oppa :)


15 September 2011

Cheezy Macharoni Nyummmyyy Recipe :)



Assalamualaikum

Hye korang ! 

Dah lama rasanya aku tak berkongsi resipi kan? Haha! Okayy, now aku nak share resepi western meyy~ Jangan main²~ Haha . LOL ! Actually resepi ni aku main hentam je, but sedap tawuk! Simple je la then aku ni anak dara lagi, belum nak teror masak sangat tapi atleast aku try. 

Betul tak?


Okayy, aku nak ajar korang masak MACARONI CHEESE

Jom mula jom !


Bahan-Bahan 

Macaroni ► Guna separuh je daripada paket tu.
Margerin Planta ► Satu/ Dua sudu.
Prego ► Satu Tin.
Garlic ► 4 Ulas.
Campbells Soup ► I kotak, dalam tu ada 3 paket. Guna satu paket je. Perisa terpulang kepada individu.
Susu Full Cream ► 1 kotak.
Keju ► 2 Keping.
Garam & Lada Hitam ► Secukup rasa.

Cara- Cara 

  1. Rebus Macaroni dalam air yang sedang menggelegak di atas api. Then, tambahkan secubit garam and satu sudu kecil magerin/planta. Anggaran masak selama 15 minit atau hingga ia sudah masak. Toskan air rebusan.
  2. Gunakan kuali LAIN untuk menggoreng 2 keping Burger ayam dan 3 batang sosej. Setelah siap digoreng, angkat serta toskan.
  3. 3 batang sosej yang LAIN direbus pula. So, kita akan dapat dua jenis sosej yang dimasak dengan cara berlainan.
  4. Panaskan 1 Sudu Planta/Majerin di dalam kuali dan tumis Garlic hingga wangi (jaga api suapaya tidak hangus).
  5. Masukkan burger ayam dan kesemua sosej.
  6. Kemudian, put Sos Prego Cheese & Herbs dan susu Full Cream. Jika suka banyak kuah, letakkan air yang telah digoncang di dalam tin Prego tadi.
  7. Masukkan 2 keping Keju dan 1 paket sup campbells.
  8. Then, letak garam secukup rasa serta lada hitam dan kacau.
  9. Akhir sekali, masukkan macaroni yang telah di tos tadi.
  10. SIAP !


Haha ! Senang kan . Nak tengok hasilnya? ↓



Nyummmmyyyyy ! 

Ni aku guna macaroni for vegeterian so bentuk macaroni nye canggih meyhh~ Haha ! Aku makan sedap je sebab dia tak rasa muak. Lagipun bajet dia okay lah berbanding makan kat Kenny Rogers or Secret Recepi. Haha! Gua makan berulang² . Teneneyyy~


Lagi² aku ni perempuan kan~ kena lah tahu masak lorh baru lah mak mertua sayang. Ecehhhh, agak² mak Superman  berkenan tak dengan apa yang aku masak? ~


Nak tengok video makan ? 


KLIK SINI 

HEHEEHEHHEEHEHEHE :D


Your IP number is : AWAS ! TINDAKAN ANDA DI BLOG INI SEDANG DIPERHATIKAN