Booth

17 September 2013

SAYA PELAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA FIRST INTAKE 2013/2014



Assalamualaikum

Hallo everyone . 

Bersua kita semula setelah sekian lama . Haaaa ni aku nak update life aku yang baru . Life yang lama aku dah bungkus ikat tepi minda aku . Semuanya tinggal kenangan . Kejayaan yang lepas harus dibangga tapi haram di-riak-kan dengan mengungkit ungkit dengan sengaja dihadapan insan yang kecundang dengan niat membuatkan mereka sedih dan bukan dijadikan sebagai pengajaran atau teladan. Huhu, aikk start start je dah macam emosional plak ek? Tak dop la ~ ini sekadar nasihat ~

Okayh , syukur alhamdulillah sebenarnya aku dah futher ke menara gading . Menara gading aku tu Universiti Utara Malaysia (UUM) namanya di nun UTAGHA sana . 

Klik gambar untuk tumbesaran .
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi atas kurniaan dan nikmat yang diberi . Siapa yang tak nak sambung belajar kan? Nabi pun berpesan menuntut ilmu lah kamu hingga ke liang lahad . So after 8 bulan tinggalkan alam persekolahan moh la kita masuk ke 'dunia baru' iaitu alam unibersiti . Ihikz !

Jujur aku cakap mula mula bila dapat tau aku dapat UUM ni aku senyap membatu diam membisu . Aku fikir jarak antara johor dengan kedah yang jauh tu menyebabkan aku bingung kejap . Yelah mana tak nya .. aku target UTM skudai tu je tak pun paling koman kat UKM tu tapi apa yang dapat ialah UUM . Redha je lah nak oii ~ 

Haaa ~ hampa tengok lah sendiri  Selatan ke Utara . Aku sentap tauk !

Tapi setelah dimotivasikan oleh ahli keluarga, saudara mara, guru dan sahabat handai maka aku pun redha dan yakin untuk teruskan pelajaran ke UUM . Iyolah penat aku study STPM tu takkan lah tak sambung study kan . Jadi, aku manfaatkan peluang yang ada depan mata . Aku tak nak apa yang aku harapkan tak dapat dan apa yang terhidang depan mata aku abaikan . Syukur atas nikmat Allah itu wajib ye kawan - kawan . 

Kemudian, kursus yang aku dapat tu pun aku tak berapa nak sure pekebenda Pengurusan Operasi ni? Dah lah 50% teori, 50% calculation . Matilah nakk ~ aku ni bab mengira memang failed . Namun, bila aku fikirkan semula, sampai bila aku nak takut dengan number? sampai bila aku nak hidup dalam kepompong dunia bacaan dan hapalan semata-mata . From there aku sedar aku harus pecahkan segala benteng ketakutan dan kegerunan terhadap nombor even aku tak minat pun kat kau wahai nombor . Ishh, tapi bab duit aku minat lah . Hahahah ($_$) !

Then,  aku pun teringat balik ayat yang selalu aku nasihatkan kat kawan-kawan aku : -

"Mungkin perkara yang kita tak minat itu lah sebenarnya punca rezeki kita ."

Errkk, salu guna ayat tu kat orang lain laa ni terkena batang hidung sendiri . Wiwiwiwi ~ :D

Sekarang apa yang aku fikir ialah parents aku happy aku sambung study dan mereka redha serta merestui aku belajar jauhhhh ke UUM ni . Pada aku tak ada apa yang lebih penting melainkan restu mak bapak kerana jika mak bapak kita redha kita maka Allah pun redha dengan kita . Tapi, usaha tu nak kena ada jugak bak kata ayah aku '' Doa doa jugak tapi jangan lupa study. " Haha, baik bos ! 

Maka tanggal 30 Ogos 2013 kami sekeluarga ( w/o angah and atok ) bertolak ke UUM Sintok, Kedah pada jam 8.00 malam dan alhamdulillah kami sampai dengan selamat pada jam 12.00 tengah hari keesokan harinya . 

Jom tengok UUM sikit .


Orang lain nyambut merdeka aku nyambut kesyahduan je . Huuu ~ daftar 2 September 2013 so kami manfaatkan masa yang ada dengan jenjalan di Kedah dan Peghelih  . Hmm tak pergi jalan² sangat pun cuma tengok² kawasan je . Syukur Kedah ni sejahtera sangat bak hang ~ Memang tak jammed jalan raya pastu banyak lak kawasan peranginan dan riadah . Tunggu hang nanti sat lagi aku sewa kereta kami pusing satu kedah ni  dalam masa 4 tahun . Heee sempat ke? InshaAllah sempat punya ~

Mak bapak aku tinggalkan aku kat kedah ni pada tanggal 2 September 2013 jam 2.30 petang . Mereka sempat memberikan nasihat dan ciuman di kedua belah pipiku yang lebar dan dahiku yang luas ni aja . Syukur ianya lebar dan luas maka cukup space sorang satu nak cium . Hahahah :D

Mak : - Belajar elok-elok ye long , jaga diri ~

Aku : Restui along belajar kat sini ye mak, ayah . Doakan along berjaya tau ~

Ayah : - Jaga diri anak ayah, jangan nak harapkan doa je ~  kena belajar jugak . Nanti nak apa-apa bagitau yee~

Aku :- Ishh, along kan dah besar pandai jaga diri tapi tu la along cuma nak minta mak ayah restu dan duit je . Hoho ( dasar mata duitan~) Gurau² je~

Syukur sedara mara ada tolong hulur sikit time aku nak sambung belajar ni sebab kelengkapan dan yuran semuanya memang $$$$$$$ ~ Alhamdulillah ya Allah kerana Kau permudahkan segala urusanku ...



Annyong ! Greetings from depan pintu bilik . Heee, banyak lagi nak cerita ni tapi nantilah ea ni aku nak print note untuk ke kuliah esok . Haha, over kau 'kuliah' ek, kelaih sudah la ~ Lalalalala ~

Assalam !


p/s :- Rindu orang Johor . SANGAT ! :)


27 May 2013

Hari Anugerah | Cemerlang STPM 2012

Assalamualaikum !


Hai .


Olla Olli Cikubum Cikubum !!

How's you're guys doinggg ? Ge-ge-ge-good?

18 Mei yang lepas aku pergi semula sekolah lama aku setelah menerima surat jemputan daripada mereka . Jemputan apa ? Haaa, jemputan ke Majlis Anugerah Kecemerlangan . ''HARI ANUGERAH KILAUAN BESTARI, UNGGUL PERSONALITI'' Perghh, kira yang amek anugerah pada hari tersebut personaliti mereka unggul lah eh? Hehe, (senyumm nipis~)



Aku dijemput sebab nak ambil anugerah result STPM 2012 . Alhamdulillah , syukur sangat dengan result yang diperoleh .



Hehe, lama beb aku sekolah kat Tun Habab tu . 7 Tahun . 7 Tahun yang penuh suka dan duka . Last aku naik pentas masa amek anugerah PMR . Haha, time SPM memang hampeh . Itu la, bila tak paham tak nak tanya, belajar lagi last minute pastu main-main . Tapi, secara jujurnya SPM memang susahkan? blerghh, kalau tak belajar memang lah susah nek oii ~ Takpe, itu semua sejarah . 

So yeahh, aku naik pentas amek Anugerah STPM Kategori Cemerlang . Cemerlang bersama rakan-rakan yang tak jemu-jemu dok mengajar aku kalau aku tak paham dan sudi meminjamkan kerja rumah mereka kat aku . Haha . Terima kasih kawan-kawan 6 Al-Jauzi kerana sudi memabantu rakanmu ini :p

Kalau korang tengok gambar tu, aku redbox kan budak kelas aku yang dapat anugerah . 6 Atas Al-Jauzi . Hehe, diorang ni memang pandai-pandai belaka . Ada yang pernah merasa dapat pointer cecah 3, pernah dapat nombor 1, dan menjadi budak target . Nama aku je yang tersesat masuk kat situ tanpa dijangka . Alhamdulillah ~  

Kelas kitorang amek subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Pengajian Perniagaan. Memang subjek yang susah dan perlukan banyak pembacaan tapi kalau kena dengan cara belajar, in shaa Allah Allah akan buka hati, dan minda kita untuk menerima pembelajaran . Tips belajar tu next entry je lah eh . 

Ini flashback aku masa result STPM diumumkan .

Sebenarnya masa result exam diumumkan pada 18 Mac yang lepas, aku rasa macam tak percaya . Seriously Maizurin Ismail tersenarai dalam 15 orang keputusan STPM terbaik? pointer 3.59? Syukur~ syukur~ air mata bergenang apabila namaku diumumkan. Gembira dalam tangisan . Memang tak percaya tapi itulah kenyataan . 

Startingnya masa cikgu nak umumkan 15 orang yang dapat STPM terbaik, aku berdebar sangat dengan harapan nama aku ada sekali dalam senarai tu. Nama pertama yang diumumkan ialah nama Mazlina ( hmmm dah agak dah ~) lantas aku ucapkan tahniah dan memberikan tepukan . Gembira untuk dia sebab result dia before2 this memang stunning. Seterusnya, nama Asmizah . Haa yang Asmizah ni memang aku geram time tu sebab dia BFF aku and asek dok kata kat aku '' Mai, kita takutlah result kita tak ok sebab masa tu kita memang blur nak jawab karangan PA dengan BM . Merepek sangat rasanya . Habislah kita ~'' Tapi, ni haaa dapat jugak top 15 . Aku tengok si Asmizah terkejut dan nangis . Tahniah untuk awak Oyot ! Itu namanya rezeki .

 Lepas tu cikgu umumkan keputusan yang seterusnya . '' Ni saya tak tahulah Puan ke Cik ni . Calon STPM 2012 yang mendapat keputusan terbaik STPM seterusnya ialah Maizurin binti Ismail dengan memperoleh pointer 3.59 '' Sumpah aku terkejut ! It's me?!! Ya Allah , syukur ~ syukur~Aku tak tahulah macam mana muka aku masa ambil result di tangan pengetua . Ayaq mata ja keluaq . Lepas tu masa nak duduk kat sit aku, cikgu aku a.k.a King Saha siap cakap lagi . '' Haaaa, Maizurin ni dulu dalam kelas kalau time belajar asek haaaa huuuu haaa je menguap memanjang. Ini bermakna orang yang mengantuk dalam kelas pun boleh dapat keputusan yang baik.'' Satu dewan gelak tapi ada aku kesah ? Haha, masa tu emosi tak stabil dan terus mengalir air mata kegembiraan ~~~

Kemudian, aku terus call mak dalam tangisan dan bagitau result aku . Sebenarnya mak aku tak dengar pun apa aku cakap dan mak tak tahu pun result aku . Bila dah sms baru lah mak faham. hehe, kelakar je mak aku ni . Then, berpusu-pusu lah sms masuk kat hp sebab nak tanya result . Mana yang dah tau tu sms ucapan tahniah diucapkan . Alhamdulillah, Terima kasih :)

....... Begitulah flashback saya ........


- Piala | Sijil | RM 100-
Alhamdulillah, walaupun masa TRIAL STPM aku cuma dapat 2.25 je pointer tapi berkat usaha , pertolongan dan doa dari insan-insan disekeliling aku, aku berjaya mencatat satu kejayaan bermakna dalam hidup aku . Semua ini rezeki . Rezeki yang Alah beri . Syukur~ 

Ini juga merupakan satu permulaan dan aku berharap agar ada lah rezeki aku dan kawan² nak sambung belajar hingga ke menara gading . In Shaa Allah, Aminnn :)


-Peka | Aida | Comel | Asmizah | Mazlina-


p/s : STPM . Sijil TerPayah Malaysia . Ahaks ! :')




02 February 2013

Panduan Memilih Kursus dan Universiti bagi Program Kemasukan 2013/2014 Bersama Cikgu Maizurin Comel .


Assalamualaikum !

Bismillahiraahmanirrahim ~

Hai .

- Me and Herda . Miss her ! -
Saya berusia 19 tahun 6 bulan . Cita-cita nak jadi cikgu. Cikgu apa? Kaunselor maybe?  So, sekarang ni saya tengah tunggu result STPM saya keluar. Siapa kat sini amek STPM jugak?! Hihi, okayy kita boleh geng ~ 

Sebagaimana yang saudara dan saudi saudari maklum, selepas STPM kita mesti nak masuk Universiti dan perkara wajib nak masuk U memula ialah beli nombor pin IPTA kat BSN sebagai ID number untuk log in bagi mengisi borang UPU . Okayy, hal ni mesti ramai punya yang dah setle. Cuma perkara yang belum setle-nya ialah korang dah isi borang UPU ke belum ?


Maybe ada yang belum bersedia nak isi sebab :

- Tunggu keluar result dulu baru isi.
- Sebab tak tau nak isi macam mana .
- Sebab tak tau nak pilih kursus apa.
- Sebab tak tau nak pilih universiti mana.
- Sebab berbelah bahagi sama ada nak sambung degree atau nak kerja terus sebab dah sedap kerja pegang duit segala macam.
- Dan beberapa sebab musabab yang lain. Huhu, maklumlah setiap manusia ada masalah tersendiri yang menghalang daripada nak mengisi borang UPU ni. Bukan kita je ada masalah, lembu, kambing, ayam, ikan, burung - kurr-kurr-kurr pun ada masalah jugak kan? Haha- ahhh tetibe !


Listen ! Listen ! Listen !


So, di sini saya nak lah ngajor kalian yang belum isi borang UPU tu supaya mengisinya. Maklumlah, cecita pun nak jadi kaunselor so kena praktis lah ngao mengajo ni. Hehe. Ini bukan tutorial eh tapi ini sekadar perkongsian apa yang kaunselor saya dok ngajor saya tiap kali saya cuti di McD. haahaa.. amekkaw kami berdiskusi di McD. Kau hado?

Okay, malas nak bebel panjang. Check this out !

Link berikut merupakan pelbagai jenis kursus dan universiti. Korang isi je maklumat yang dia minta dan ikut arahan. Haii, dah 19 tahun kot, takkan baca arahan pun tak reti kan~ HIHI,  after you read the terms it is much better if uolss print it. Senang juga nak buat rujukan.


                                       - Click gambar untuk terus ke link -


Hamboii, membina semangat tak gambar yang saya letak ni? Hhihi .


Daripada Senarai berikut, sila shortlist kan se-minima yang mungkin . 


Kemudian, korang pergi pula kat link ini >>>> MAIZURIN COMEL <<<< dan click pada syarat khas kemasukan. Then, korang study lah syarat kelayakan universiti dan kursus yang korang minta. Jika bersesuaian, kekal-kan. Jika tidak, boleh buang dari list. Make the list more shortl sampailah cukup 12 pilihan kursus. 

Macam mana nak susun? Haaaa~ Setahu saya lah kan, jika degree yang korang minta tu ada #kepujian yang memerlukan korang untuk di-interview, korang kena letak di level atas-atas. Manakala, pilihan yang lain korang boleh susun di bawahnya lah.

Antara strategi pemilihan kursus dan universiti.

- Korang boleh isi semua universiti yang sama tapi kursus yang berbeza atau
- Korang boleh isi semua kursus yang sama tapi universiti yang berbeza.

Namun, strategi pemilihan lepas dapat result pula lain ye. Itu nantilah saya bagitau. Alaa, kita kan ada 3 kali kemas kini lepas kita hantar maklumat sekali. 
 Last date is 15 APRIL 2013 So, no worries.

Okayy, sekian sahaja untuk kali ini. Selamat ber-study ye kawan-kawan. Semoga kita semua dapat melanjutkan pelajaran ke-menara gading . In Shaa Allah. Usaha sudah, sekarang doa dan tawakal ! Aminnn ~

Bawah ni contoh kursus yang saya minta . Saya punya banyak pilihan. Hihi, takpe takpe saya pergi timba ilmu lagi nanti saya bantu kalian pula ye. Haaa ! Jika ada nak kongsi apa-apa maklumat bolehlah emel saya di smilezurin93@yahoo.com . 

- Sila click untuk tumbesaran gambar-

                                                  HIhi, sekian wasalam~




24 January 2013

RECEPTIONIST PALING BERTUAH ABAD INI -


Assalamualaikum 

Hai .



-click gambar untuk tumbesaran-

KOTA RAINFOREST RESORT !

Yesss! This is a resort nearby Kota Tinggi Waterfall.

Sungguh bertuah diri ini sebab dapat kijee kat resort yang tenang, nyaman, serba hijau dan ala ala overseas getewww kalau hari hujan la kan~ Hihi . Almaklumlah, konsep resort pun ''BACK TO NATURE'' so this is the best place to rest with peacefull surroundings - senyum :)

17 Disember 2012 - Ini merupakan pekerjaan pertama saya sepanjang perjalanan hidup ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.  Cuma di minggu pertama je saya rasa macam nak pitamm sebab yelah saya kan baru kerja, banyak benda yang tak faham lagi dan semua itu perlu saya belajar. Bila dah terbuat salah baru rasa macam - Owhhh, macam ni jadinya kalau salah dan lepas ni jangan buat lagi sebab dah tau dah apa kesannya. Seronok sebenarnya kerja sebagai receptionist ni. 

Seronok kenapa?

Haaa, rasa seronok sebab dapat belajar macam mana nak berhadapan dengan karenah manusia dan cara berkomunikasi - ehemm ehemm perkara ni juga saya anggap sebagai latihan untuk saya sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti kelak . Nak jadi cikgu okayy so mesti pandai cakap dan kawal keadaan. Selain itu, antara tugas yang perlu saya lakukan ialah angkat call, melayan customers, menguruskan keadaan bilik dan kunci bilik , mengetahui kesemua tugas yang sedang dilakukan oleh pekerja lain dan paling mencabar ialah membuat keputusan dalam masa yang singkat dan mengagak pemikiran serta kehendak guest . Di pendekkan cerita tugas saya ialah pengurusan secara menyeluruh secara minima namun jika maksima ianya lebih baik ! -


-Lobby-

Mengenai hubungan bersama rakan sekerja pula amatlah baik . Kami semua ibarat keluarga. Di sini saya mempunya abah, mak, kakak, abang, dan semuanya lah yang mengambil berat tentang saya. Maklumlahhh, kat situ saya yang paling muda dan manjaaaaa ~ -Puii, sila muntah! Haha . 

Makanan pula resort sediakan so memang awesomeeee!

Majikan saya sangat lah baik hati. Aduiii syahdu tau nak cerita kebaikan mereka loving husband and wife. Selain daripada berbudi bahasa yang tinggi, mereka juga amat bertimbang rasa dan menjaga kebajikan sosial emosi pekerja. Mereka menegur dengan berhemah andai pekerja membuat kesilapan. Kalau tak paham, better lah tanya kat boss sebab boss akan explain sehabis baik dan sediakan contoh untuk memudahkan kerja kita. 

Huhu, yang paling best masa bulan Disember lepas 2 sambutan hari jadi dilakukan . Walaupun hanya potong kek tapi cukup menghiburkan dan menceriakan . 3 Januari lepas pula pihak resort buat Family BBQ Night! Malam tu seronok sangat sebab macam² agenda ada. Pertandingan Karaoke, rebut kerusi, tiup belon, dan menari. Hihi, alhamdulillah saya menang tempat ketiga pertandingan Karaoke. - Okayy, ini poyoo~! 

Hmm, resort tempat saya kerja ni menyediakan makanan kepada semua staff. Kakak kitchen akan tapaw semua makanan untuk staff la . Saya bawak tapaw sendiri sebab tak selesa la nak share. One day tu someone amek tapaw saya. Huwaaaa sedihnya! Sedih lah sebab first I dont like sharing my tapaw then because I'm so Hungry ! My boss asked me if I'm done my dinner or not . Then, I told him about my tapaw . You know what happen after that?!

My boss igored me ?

My boss yelling at me as I'm so childish ?

No no no !

All wrong .

My boss going to kitchen then cooked me Fried Chinese Noodles .

Yummmeyyhh?

Not really . 

But it was so

Yummeyhh yummeyhh hao liao !

Haha . over tak I cerita uolsss~  Serius kerja sini memang best . Hehe, Next time saya cerita pula apa yang ada dan aktiviti di resort tempat saya kerja ni eh. Till then , bubyeee :)






17 January 2013

Pertama Kali Kerja di Tempat Kerja Pertama.



Assalamualaikum .

Hai . 

Untuk maklumat kalian, penulisan kali ini agak panjang . Hihi, dah kepam lama dah cerita . 

STPM sudah berlalu sebulan yang lalu. Hanya berdoa dan berserah je lah keputusan yang bakal diperoleh. Doakan saya dapat pointer 3.7 ke atas eh. Thank you ... -



Ye, zaman belasan tahun telah pergi dengan jayanya dan tahun ni saya akan berganjak ke umur 20 tahun. Hmmm, kenalah terima hakikat yeen oii~ Zaman sekolah telah berakhir dan kini saya masuk ke dunia pekerjaan yang penuh dengan onak duri ranjau belukar (cewahh, orang yang kata macam tu.) Hii, eh kejap,Maizurin kerja ?!! (please jangan pelik!)

Saya mengaku saya memang takde pengalaman memiliki majikan sebelum ni.  Dulu, masa habis SPM saya memang tak kerja sebab kununnya nak habiskan lesen laa, itu laa ini laa . Mak ayah saya pun ok je . Paling berani pun saya buat bisnes online jual tudung dan beg. Huhu.

Namun, bila dah habis STPM ni kalau tak kerja rasa macam.....- arghhhhh mana aku nak cekau duit! <--- berkata dalam hati. hihi. Masa zaman sekolah boleh lah tiap minggu ayah bagi duit poket dengan duit minyak . Now, NO MORE. By hook or by crook I must find a job . Tapi saya tak pernah kerja sebelum so memang zero pengalaman lah kan. Sobss sobss (T.T) 

13 Disember 2012 - Tarikh ni merupakan pengalaman kedua saya pergi interview. First time dulu masa SPA. Interview di mana? Haaa, interview dekat tempat kerja saya sekarang ni la . Hihi. Masa interview tu saya rasa macam tak sedia sangat . Saya pergi interview dengan kawan saya . Miss M. Miss M sangat expert mengisi borang kerja sebab dia lebih berpengalaman. Saya ni isi borang kerja pun tak betul. Ada yang salah isi dan comot! OMG, Borang tu comot sebab siapa entah makan bubur pulut hitam kat meja tu then tak lap. 

Hampeh sangat rasanya saat itu.

Kemudian lepas isi borang tu saya oberve lah kawasan sekeliling sambil berniat dalam hati semoga mereka terima saya bekerja di sini. Heee :D Tak lama lepas tu, kami pun dipanggil untuk di interview . Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar . Jika diterima, mereka akan call lagi 4 hari dan saya pun menunggu dengan penuh sabo-nya. 


Selepas 4 hari menunggu, akhirnya mereka menelefon saya. Alhamdulillah saya dapat kerja tu iaitu sebagai Receptionist + sometimes as a small clerk.

Ehh jap, saya ni asek cerita je 'kerja tu' tapi tak bagitau pun kat mana kan? Hmm, kalau nak tahu saya kerja di...-jeng jeng jeng~

(......to be continued.....)


















ERRRRRR ~





















Okaylah saya bagi hint eh. Letak gambar je boleh?



Ok, ini hint je. Nanti bila free saya update lagi. 

Salam ;)








Your IP number is : AWAS ! TINDAKAN ANDA DI BLOG INI SEDANG DIPERHATIKAN