Booth

30 November 2011

Duduk Sebelah 2PM dalam flight !!



Assalamualaikum  

Hye korang !!


Hmmmm, korang kenal tak kumpulan 2PM ? Alaaaa, group K-POP yang femes dengan lagu HANDS UP tu ~ Tak tahu ? Betul ni tak tahu ? Okayy, aku tunjuk eh gambaq depa ↓


Aigooo ~ Handsome seyhh . Aku minat sangat kat diorang ni . Heee . 

Okayy, cerita dia cenggini . Masa aku nak balik Malaysia from Korea masa bercuti ke sana minggu lepas, aku pun naik lah flight Korean Air . Hurmm, boleh tahan lah flight nye . Ikutkan hati ni nak je amek KOSMO SUITES tapi apakan daya enggak mampu sih . Hence, aku amek Class Sleeper Seat je . Alhamdulillah selesa juga . Namun, tahap kecumburuan pada ahli jutawan tetap membuak-buak . Hihi .


FIRST CLASS KOSMO SUITES 


Perghh ! kalau dapat suites yang ni memang kompem aku tak nak turun flight weyh. Syok yang amat ! privacy sangat terjamin dan layanannya ummmpphhh ! (Y)

Hihi, tapi aku mampu amek yang ni je ↓


FIRST CLASS SLEEPER SEAT 



Ini pun dah cukup alhamdulillah dah selesanya . So, aku pilih untuk duduk di sebelah tingkap dan masa tu seat lagi sebelah tu kosong. Aku pun apa lagi, keluarkan lah IPad 4 aku and watch korean video's yang aku save dalam IPad ni. Syokkk kemain nye aku sampai tak sedar dah ade orang dah yang duduk sebelah aku.


Hurmm, orang ni pelik juga aku tengok . Lelaki yang berbaju hitam , bertopi dan pakai spec. Aikk? spy ke hape ni ? Lantak hang la ~ janji hang tak kacau aku . Ehemmm, nak jugak tegur mamat sebelah aku ni tapi aku tak tau nak cakap bahasa apa. For sure, aku tau lah yang dia ni golongan Asia tapi dia ni cina ke ? Nanti aku cakap cina tetibe dia orang korea pulak . Kang aku cakap korea sekali dia orang jepun. Kalau aku cakap jepun nanti dia jawabnya dalam bahasa Thai. Lagi nahas kalau aku cakap Thai kang tetibe je dia bagi salam! Hahahaha :D


So, aku teruskan jelah xtvt menonton video K-POP aku ni . Anyway, dah namanya nengok korean video's ofcoz lah ade joget-joget so aku pun apa lagi syok lah juga dance sikit². Sometimes, movement aku tu terkena bahu dia . Haaa~ tersengguk -sengguh aku menunduk kepala say sorry . Ekekeekek ~ lagi-lagi bila lagu HANDS UP by 2PM and MY EAR CANDY by TAECYEON. Alorhh, ingat aku tak perasan ke kadang² si mamat sebelah aku ni dok join sama nengok . Ceittt !


OMMMOOO I TAECYEON !


Aku still play lagu 2PM and replay part TAECYEON rap. Hihi, aku pun macam nak juga berkenalan dengan mamat sebelah ni. Jom baca ↓

ME & HIM

Hi, which country you come from ?
*senyum 

I'm from Korea ~

Ohh, Annyongg ~

You know korean language? Where are you comes from?

A bit coz I love watch  korean's drama and always listen to K-POP song's . I'm from Malaysia . See !
*sambil tunjuk keychain lambang bendera .

Oh I see ~ I saw that you keep replay 2PM video's and especially on taecyeon part.

Yeahh ! I really love 2PM but I most adore Taecyeon as he is so handsome, smoothly dancer and have a nice body. 
*amboihh, kemain aku bagi penerangan terperinci .

Really ? Wow, Sound great ! So you such a big fans of 2PM right ?

Yess I am, but mostly as Taecyeon fans .
*senyum sengeh .

That's awesome ! 

You know what, 2PM held a tour concert this friday at Stadium Negara, Malaysia . But sad, I dont have the ticket as all of them were sold out .

How pity you are cute girl.
*sambil buka topi dan spec.


OMGGG ! Taecyeonnnn !! It's TAECYEON OPPA !


Subhanallah ~ separuh menjerit aku. Bayangkanlah bila hero idaman korang ade depan mata. Rasa macam ape jeee ~ Happy sangat ! sangat ! sangat ! Tak sangka aku satu flight dengan group 2PM . Yeahh, depa pun OTW to Malaysia sebab concert tu la. Aku bangun jap dan tengok sekeliling. Ommoooo ~ Nickun, Wooyoung, and all the members were here. Diorang siap senyum-senyum lagi . Ni mesti depa dah dengar apa yang aku dok bual dengan taecyeon tadi . Malu lak den -.-'


So, aku pun apa lagi makin rancaklah berbual dan aku tau korang mesti tengah jeles gilos babeng dengan aku kan? Hehe, rileks la ~ Ni kebetulan je kot . Hurmm~ Aku pun tak lepaskan peluang untuk ber-snap snip snup dengan Taecyeon Oppa ♥ 

Here There are ↓


Nommmnommm, masa ni aku nak pergi toilet but at the same time makanan dia sampai . Errk, dia order ape entah aku pun tak tau . Hihi, aku pun snap la. Comel kan ?


Haaa ! Ni pula gambar yang aku dah print. Aku dera Taecyeon buat pose yang paling gedik-gedik manja dengan aku :) Hihi , super cute oppa


So, this is our photo :)



Heee, ini lah kami . Tapi aku dah cover muka sebab aku tahu ramai yang jeles kan tengok kemesraan kami *ayat tak leh blaa ~ . Haha , yelah sat g ade orang dengki dengan aku kang dia mantra and manderem kan aku acano ? Hihi, maklumlah skunk ni memey ramai GERAM ngan aku . Kan Kan Kan ?


Masa dalam flight tu aku rasa happy sangat ! Aku tak akan lupakan kenangan manis ni dan akan ku simpan dalam memori daun pisang aku sampai bila² . Aku rasa macam jangan lah flight ni landing dulu . Hihi *over lak ~ Taecyeon say sorry sebab dia takde tiket FREE nak bagi pada aku as semunya diuruskan oleh pengurus dia . Well, semua sold out . But, aku pun tak kesah sangat pasal tiket konsert sebab aku dah spend 12 jam dengan dia dalam flight nak di bandingkan dengan watch concert setakat 2 Jam 30 Minit tu . Kan ?


Borak punya borak sampai lah aku rasa mengantuk . So, aku decided nak tidur lah terus . But, masa tidur tu kepala aku dok hentak² cermin tingkap flight je. Lepas tu aku dapat rasa ade tangan yang tarik kepala aku then lay on his shoulder . Hihi, of coz that is Taecyeon Sweet right ?


But,  after a few hours later aku dapat rasakan gegaran . At first, aku ingat nak avoid je gegaran tu tapi makin lama makin kuat . Bila aku buka mata aku nampak Taecyeon dah melayang tercampak  jauh dari seat dia . OMGGG !


Aku tersentak ! Damnnnn ! Rupanya gegaran tu wujud ekoran adik-adik aku ketuk pintu bilik dengan rakusnya sebab nak kejut aku bangun tidoq . Cisss, menganggu je aku nak bermesra-mesraan dengan taecyeon oppa . Ehh, mana pergi taecyeon ?


Huwaaaaa ~ Taecyeon takde . 2PM takde . Jadi yang semua semua tadi tu mimpi lah eh ? Hanya MIMPI ? Ya Cik Tomato, semua itu cuma mimpi ekoran kau terlalu taksub pada Taecyeon Oppa kau tu -.-'


LOLZ ! Itulah kawan², pengajarannya jangan lah kite terlalu taksub dengan sesuatu benda nanti terbawa-bawa dalam mimpi. Aku ni pun jenis kuat imaginasi so no wonderlah aku boleh mimpi sampai macam ni sekali. Hihi, Tengok ?! Korang yang baca kisah hikayat mimpi aku ni pun jadi geram kan? Haa~ itu bukan niat aku nak buat korang geram, aku cuma nak berkongsi mimpi je . Hek² ~ 



I Taecyeon oppa :)



Your IP number is : AWAS ! TINDAKAN ANDA DI BLOG INI SEDANG DIPERHATIKAN