Booth

30 November 2011

Duduk Sebelah 2PM dalam flight !!



Assalamualaikum  

Hye korang !!


Hmmmm, korang kenal tak kumpulan 2PM ? Alaaaa, group K-POP yang femes dengan lagu HANDS UP tu ~ Tak tahu ? Betul ni tak tahu ? Okayy, aku tunjuk eh gambaq depa ↓


Aigooo ~ Handsome seyhh . Aku minat sangat kat diorang ni . Heee . 

Okayy, cerita dia cenggini . Masa aku nak balik Malaysia from Korea masa bercuti ke sana minggu lepas, aku pun naik lah flight Korean Air . Hurmm, boleh tahan lah flight nye . Ikutkan hati ni nak je amek KOSMO SUITES tapi apakan daya enggak mampu sih . Hence, aku amek Class Sleeper Seat je . Alhamdulillah selesa juga . Namun, tahap kecumburuan pada ahli jutawan tetap membuak-buak . Hihi .


FIRST CLASS KOSMO SUITES 


Perghh ! kalau dapat suites yang ni memang kompem aku tak nak turun flight weyh. Syok yang amat ! privacy sangat terjamin dan layanannya ummmpphhh ! (Y)

Hihi, tapi aku mampu amek yang ni je ↓


FIRST CLASS SLEEPER SEAT 



Ini pun dah cukup alhamdulillah dah selesanya . So, aku pilih untuk duduk di sebelah tingkap dan masa tu seat lagi sebelah tu kosong. Aku pun apa lagi, keluarkan lah IPad 4 aku and watch korean video's yang aku save dalam IPad ni. Syokkk kemain nye aku sampai tak sedar dah ade orang dah yang duduk sebelah aku.


Hurmm, orang ni pelik juga aku tengok . Lelaki yang berbaju hitam , bertopi dan pakai spec. Aikk? spy ke hape ni ? Lantak hang la ~ janji hang tak kacau aku . Ehemmm, nak jugak tegur mamat sebelah aku ni tapi aku tak tau nak cakap bahasa apa. For sure, aku tau lah yang dia ni golongan Asia tapi dia ni cina ke ? Nanti aku cakap cina tetibe dia orang korea pulak . Kang aku cakap korea sekali dia orang jepun. Kalau aku cakap jepun nanti dia jawabnya dalam bahasa Thai. Lagi nahas kalau aku cakap Thai kang tetibe je dia bagi salam! Hahahaha :D


So, aku teruskan jelah xtvt menonton video K-POP aku ni . Anyway, dah namanya nengok korean video's ofcoz lah ade joget-joget so aku pun apa lagi syok lah juga dance sikit². Sometimes, movement aku tu terkena bahu dia . Haaa~ tersengguk -sengguh aku menunduk kepala say sorry . Ekekeekek ~ lagi-lagi bila lagu HANDS UP by 2PM and MY EAR CANDY by TAECYEON. Alorhh, ingat aku tak perasan ke kadang² si mamat sebelah aku ni dok join sama nengok . Ceittt !


OMMMOOO I TAECYEON !


Aku still play lagu 2PM and replay part TAECYEON rap. Hihi, aku pun macam nak juga berkenalan dengan mamat sebelah ni. Jom baca ↓

ME & HIM

Hi, which country you come from ?
*senyum 

I'm from Korea ~

Ohh, Annyongg ~

You know korean language? Where are you comes from?

A bit coz I love watch  korean's drama and always listen to K-POP song's . I'm from Malaysia . See !
*sambil tunjuk keychain lambang bendera .

Oh I see ~ I saw that you keep replay 2PM video's and especially on taecyeon part.

Yeahh ! I really love 2PM but I most adore Taecyeon as he is so handsome, smoothly dancer and have a nice body. 
*amboihh, kemain aku bagi penerangan terperinci .

Really ? Wow, Sound great ! So you such a big fans of 2PM right ?

Yess I am, but mostly as Taecyeon fans .
*senyum sengeh .

That's awesome ! 

You know what, 2PM held a tour concert this friday at Stadium Negara, Malaysia . But sad, I dont have the ticket as all of them were sold out .

How pity you are cute girl.
*sambil buka topi dan spec.


OMGGG ! Taecyeonnnn !! It's TAECYEON OPPA !


Subhanallah ~ separuh menjerit aku. Bayangkanlah bila hero idaman korang ade depan mata. Rasa macam ape jeee ~ Happy sangat ! sangat ! sangat ! Tak sangka aku satu flight dengan group 2PM . Yeahh, depa pun OTW to Malaysia sebab concert tu la. Aku bangun jap dan tengok sekeliling. Ommoooo ~ Nickun, Wooyoung, and all the members were here. Diorang siap senyum-senyum lagi . Ni mesti depa dah dengar apa yang aku dok bual dengan taecyeon tadi . Malu lak den -.-'


So, aku pun apa lagi makin rancaklah berbual dan aku tau korang mesti tengah jeles gilos babeng dengan aku kan? Hehe, rileks la ~ Ni kebetulan je kot . Hurmm~ Aku pun tak lepaskan peluang untuk ber-snap snip snup dengan Taecyeon Oppa ♥ 

Here There are ↓


Nommmnommm, masa ni aku nak pergi toilet but at the same time makanan dia sampai . Errk, dia order ape entah aku pun tak tau . Hihi, aku pun snap la. Comel kan ?


Haaa ! Ni pula gambar yang aku dah print. Aku dera Taecyeon buat pose yang paling gedik-gedik manja dengan aku :) Hihi , super cute oppa


So, this is our photo :)



Heee, ini lah kami . Tapi aku dah cover muka sebab aku tahu ramai yang jeles kan tengok kemesraan kami *ayat tak leh blaa ~ . Haha , yelah sat g ade orang dengki dengan aku kang dia mantra and manderem kan aku acano ? Hihi, maklumlah skunk ni memey ramai GERAM ngan aku . Kan Kan Kan ?


Masa dalam flight tu aku rasa happy sangat ! Aku tak akan lupakan kenangan manis ni dan akan ku simpan dalam memori daun pisang aku sampai bila² . Aku rasa macam jangan lah flight ni landing dulu . Hihi *over lak ~ Taecyeon say sorry sebab dia takde tiket FREE nak bagi pada aku as semunya diuruskan oleh pengurus dia . Well, semua sold out . But, aku pun tak kesah sangat pasal tiket konsert sebab aku dah spend 12 jam dengan dia dalam flight nak di bandingkan dengan watch concert setakat 2 Jam 30 Minit tu . Kan ?


Borak punya borak sampai lah aku rasa mengantuk . So, aku decided nak tidur lah terus . But, masa tidur tu kepala aku dok hentak² cermin tingkap flight je. Lepas tu aku dapat rasa ade tangan yang tarik kepala aku then lay on his shoulder . Hihi, of coz that is Taecyeon Sweet right ?


But,  after a few hours later aku dapat rasakan gegaran . At first, aku ingat nak avoid je gegaran tu tapi makin lama makin kuat . Bila aku buka mata aku nampak Taecyeon dah melayang tercampak  jauh dari seat dia . OMGGG !


Aku tersentak ! Damnnnn ! Rupanya gegaran tu wujud ekoran adik-adik aku ketuk pintu bilik dengan rakusnya sebab nak kejut aku bangun tidoq . Cisss, menganggu je aku nak bermesra-mesraan dengan taecyeon oppa . Ehh, mana pergi taecyeon ?


Huwaaaaa ~ Taecyeon takde . 2PM takde . Jadi yang semua semua tadi tu mimpi lah eh ? Hanya MIMPI ? Ya Cik Tomato, semua itu cuma mimpi ekoran kau terlalu taksub pada Taecyeon Oppa kau tu -.-'


LOLZ ! Itulah kawan², pengajarannya jangan lah kite terlalu taksub dengan sesuatu benda nanti terbawa-bawa dalam mimpi. Aku ni pun jenis kuat imaginasi so no wonderlah aku boleh mimpi sampai macam ni sekali. Hihi, Tengok ?! Korang yang baca kisah hikayat mimpi aku ni pun jadi geram kan? Haa~ itu bukan niat aku nak buat korang geram, aku cuma nak berkongsi mimpi je . Hek² ~ 



I Taecyeon oppa :)


15 September 2011

Cheezy Macharoni Nyummmyyy Recipe :)



Assalamualaikum

Hye korang ! 

Dah lama rasanya aku tak berkongsi resipi kan? Haha! Okayy, now aku nak share resepi western meyy~ Jangan main²~ Haha . LOL ! Actually resepi ni aku main hentam je, but sedap tawuk! Simple je la then aku ni anak dara lagi, belum nak teror masak sangat tapi atleast aku try. 

Betul tak?


Okayy, aku nak ajar korang masak MACARONI CHEESE

Jom mula jom !


Bahan-Bahan 

Macaroni ► Guna separuh je daripada paket tu.
Margerin Planta ► Satu/ Dua sudu.
Prego ► Satu Tin.
Garlic ► 4 Ulas.
Campbells Soup ► I kotak, dalam tu ada 3 paket. Guna satu paket je. Perisa terpulang kepada individu.
Susu Full Cream ► 1 kotak.
Keju ► 2 Keping.
Garam & Lada Hitam ► Secukup rasa.

Cara- Cara 

  1. Rebus Macaroni dalam air yang sedang menggelegak di atas api. Then, tambahkan secubit garam and satu sudu kecil magerin/planta. Anggaran masak selama 15 minit atau hingga ia sudah masak. Toskan air rebusan.
  2. Gunakan kuali LAIN untuk menggoreng 2 keping Burger ayam dan 3 batang sosej. Setelah siap digoreng, angkat serta toskan.
  3. 3 batang sosej yang LAIN direbus pula. So, kita akan dapat dua jenis sosej yang dimasak dengan cara berlainan.
  4. Panaskan 1 Sudu Planta/Majerin di dalam kuali dan tumis Garlic hingga wangi (jaga api suapaya tidak hangus).
  5. Masukkan burger ayam dan kesemua sosej.
  6. Kemudian, put Sos Prego Cheese & Herbs dan susu Full Cream. Jika suka banyak kuah, letakkan air yang telah digoncang di dalam tin Prego tadi.
  7. Masukkan 2 keping Keju dan 1 paket sup campbells.
  8. Then, letak garam secukup rasa serta lada hitam dan kacau.
  9. Akhir sekali, masukkan macaroni yang telah di tos tadi.
  10. SIAP !


Haha ! Senang kan . Nak tengok hasilnya? ↓



Nyummmmyyyyy ! 

Ni aku guna macaroni for vegeterian so bentuk macaroni nye canggih meyhh~ Haha ! Aku makan sedap je sebab dia tak rasa muak. Lagipun bajet dia okay lah berbanding makan kat Kenny Rogers or Secret Recepi. Haha! Gua makan berulang² . Teneneyyy~


Lagi² aku ni perempuan kan~ kena lah tahu masak lorh baru lah mak mertua sayang. Ecehhhh, agak² mak Superman  berkenan tak dengan apa yang aku masak? ~


Nak tengok video makan ? 


KLIK SINI 

HEHEEHEHHEEHEHEHE :D

22 July 2011

Resepi Kek Batik



Assalamualaikum ♥ 


Hye korang !


Mari dekat , mari dekat . HIHI ^^ . 
Hari ni aku nak ajar korang macam mana nak buat kek Batik 
yang SUPER SIMPLE but SUPER DELICIOUSE !


Memandangkan resepi ni atas permintaan budak comel cute miut iaitu Zyqah !


Bahan-bahan 

1 Buttercup .

1 Tin susu pekat .
(yang baru taw, jangan yang dah letak dalam freezer)

1 Bungkus Biskut Marrie .

400gram Milo .

Pekakas

Kuali besar ( yang kering ).

Senduk kayu .

Mangkuk besar.

Loyang kuih atau bekas² yang sesuai untuk letak kek .


Cara-caranya .

Letakkan  kuali di atas tungku dengan api yang sangat kecil .

Kemudian, cairkan  Buttercup . Jangan pernah tinggalkan buttercup tersebut .

 *Sila kacau buttercup tersebut dengan menggunakan senduk kayu. Kita hendaklah sentiasa kacau butter agar ia tidak berubah menjadi minyak. Jika menjadi minyak, maka kek batik kita tidak akan sedap kerana ia akan menghanguskan milo kita nanti* .

Setelah buttercup cair, masukkan 1 tin susu pekat. Kacau lagi hingga sebati . 

Seterusnya, masukkan 400gram milo. Gaul dengan segera agar milo tidak hangus . Kemudian tutup api . 


Setelah itu , boleh lah kita masukkan Biskut Marrie yang telah di patah-patah kan sesuka hati. Gaul lagi dan lagi ~
*Sewaktu gaul , kita memerlukan tenaga yang agak maksima okay, jika adik² tidak larat, sila dapatkan bantuan daripada abang² or kakak² yang duk menunggu kek tu siap ! . Hihi ^^


Okayy ! sekarang sudah buleh pindahkan gaulan tadi ke dalam loyang . Susun lah ikut sesuka hati dan rata² . Nanti senang nak potong . *Sila kaut semua coklat dalam kuali tu ye agar tidak membazir* .


Masukkan loyang itu ke dalam peti ais . Hihi, aku selalu buat malam so bila aku sudah bangun aku dah buleh makan ! Nyummmnyummm ! 





Okayy zyqah ! Akak dah bagi resepi ni . Silalah buat ye nanti akak nak rasa pulok :D


Namun, bahan utama yang akan menyedapkan sesuatu masakan ialah memasaknya dengan penuh keikhlasan kerana ia akan menerbitkan rasa kasih sayang hingga menimbulkan rasa bahagia pada orang yang memakannya

Your IP number is : AWAS ! TINDAKAN ANDA DI BLOG INI SEDANG DIPERHATIKAN