Booth

22 July 2011

Resepi Kek Batik



Assalamualaikum ♥ 


Hye korang !


Mari dekat , mari dekat . HIHI ^^ . 
Hari ni aku nak ajar korang macam mana nak buat kek Batik 
yang SUPER SIMPLE but SUPER DELICIOUSE !


Memandangkan resepi ni atas permintaan budak comel cute miut iaitu Zyqah !


Bahan-bahan 

1 Buttercup .

1 Tin susu pekat .
(yang baru taw, jangan yang dah letak dalam freezer)

1 Bungkus Biskut Marrie .

400gram Milo .

Pekakas

Kuali besar ( yang kering ).

Senduk kayu .

Mangkuk besar.

Loyang kuih atau bekas² yang sesuai untuk letak kek .


Cara-caranya .

Letakkan  kuali di atas tungku dengan api yang sangat kecil .

Kemudian, cairkan  Buttercup . Jangan pernah tinggalkan buttercup tersebut .

 *Sila kacau buttercup tersebut dengan menggunakan senduk kayu. Kita hendaklah sentiasa kacau butter agar ia tidak berubah menjadi minyak. Jika menjadi minyak, maka kek batik kita tidak akan sedap kerana ia akan menghanguskan milo kita nanti* .

Setelah buttercup cair, masukkan 1 tin susu pekat. Kacau lagi hingga sebati . 

Seterusnya, masukkan 400gram milo. Gaul dengan segera agar milo tidak hangus . Kemudian tutup api . 


Setelah itu , boleh lah kita masukkan Biskut Marrie yang telah di patah-patah kan sesuka hati. Gaul lagi dan lagi ~
*Sewaktu gaul , kita memerlukan tenaga yang agak maksima okay, jika adik² tidak larat, sila dapatkan bantuan daripada abang² or kakak² yang duk menunggu kek tu siap ! . Hihi ^^


Okayy ! sekarang sudah buleh pindahkan gaulan tadi ke dalam loyang . Susun lah ikut sesuka hati dan rata² . Nanti senang nak potong . *Sila kaut semua coklat dalam kuali tu ye agar tidak membazir* .


Masukkan loyang itu ke dalam peti ais . Hihi, aku selalu buat malam so bila aku sudah bangun aku dah buleh makan ! Nyummmnyummm ! 





Okayy zyqah ! Akak dah bagi resepi ni . Silalah buat ye nanti akak nak rasa pulok :D


Namun, bahan utama yang akan menyedapkan sesuatu masakan ialah memasaknya dengan penuh keikhlasan kerana ia akan menerbitkan rasa kasih sayang hingga menimbulkan rasa bahagia pada orang yang memakannya

6 comments:

fadlisabri said...

Wooww....looks yummy!!!

PaK PiS said...

sy pandai buat kek batik.. ^_^

Smilezurin said...

@fadli : Looks je kot . Teheee ^^

Smilezurin said...

@Pak Pis : wahh ~ jarang ada lelaki pandai bake :)

cikghah said...

baru je buat kek batik tadi. heee. owh u letak susu ea. i masukkan milo , gula, coklat dan air dulu, then baru butter. btw. thx. mcm2 citaras. bleh la try :D

Smilezurin said...

really? wahhh ~ i x pakai susu punnn . maisng2 ade cara tersendiri kan? hihi ^^


Your IP number is : AWAS ! TINDAKAN ANDA DI BLOG INI SEDANG DIPERHATIKAN