Booth

27 May 2013

Hari Anugerah | Cemerlang STPM 2012

Assalamualaikum !


Hai .


Olla Olli Cikubum Cikubum !!

How's you're guys doinggg ? Ge-ge-ge-good?

18 Mei yang lepas aku pergi semula sekolah lama aku setelah menerima surat jemputan daripada mereka . Jemputan apa ? Haaa, jemputan ke Majlis Anugerah Kecemerlangan . ''HARI ANUGERAH KILAUAN BESTARI, UNGGUL PERSONALITI'' Perghh, kira yang amek anugerah pada hari tersebut personaliti mereka unggul lah eh? Hehe, (senyumm nipis~)



Aku dijemput sebab nak ambil anugerah result STPM 2012 . Alhamdulillah , syukur sangat dengan result yang diperoleh .



Hehe, lama beb aku sekolah kat Tun Habab tu . 7 Tahun . 7 Tahun yang penuh suka dan duka . Last aku naik pentas masa amek anugerah PMR . Haha, time SPM memang hampeh . Itu la, bila tak paham tak nak tanya, belajar lagi last minute pastu main-main . Tapi, secara jujurnya SPM memang susahkan? blerghh, kalau tak belajar memang lah susah nek oii ~ Takpe, itu semua sejarah . 

So yeahh, aku naik pentas amek Anugerah STPM Kategori Cemerlang . Cemerlang bersama rakan-rakan yang tak jemu-jemu dok mengajar aku kalau aku tak paham dan sudi meminjamkan kerja rumah mereka kat aku . Haha . Terima kasih kawan-kawan 6 Al-Jauzi kerana sudi memabantu rakanmu ini :p

Kalau korang tengok gambar tu, aku redbox kan budak kelas aku yang dapat anugerah . 6 Atas Al-Jauzi . Hehe, diorang ni memang pandai-pandai belaka . Ada yang pernah merasa dapat pointer cecah 3, pernah dapat nombor 1, dan menjadi budak target . Nama aku je yang tersesat masuk kat situ tanpa dijangka . Alhamdulillah ~  

Kelas kitorang amek subjek Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Pengajian Perniagaan. Memang subjek yang susah dan perlukan banyak pembacaan tapi kalau kena dengan cara belajar, in shaa Allah Allah akan buka hati, dan minda kita untuk menerima pembelajaran . Tips belajar tu next entry je lah eh . 

Ini flashback aku masa result STPM diumumkan .

Sebenarnya masa result exam diumumkan pada 18 Mac yang lepas, aku rasa macam tak percaya . Seriously Maizurin Ismail tersenarai dalam 15 orang keputusan STPM terbaik? pointer 3.59? Syukur~ syukur~ air mata bergenang apabila namaku diumumkan. Gembira dalam tangisan . Memang tak percaya tapi itulah kenyataan . 

Startingnya masa cikgu nak umumkan 15 orang yang dapat STPM terbaik, aku berdebar sangat dengan harapan nama aku ada sekali dalam senarai tu. Nama pertama yang diumumkan ialah nama Mazlina ( hmmm dah agak dah ~) lantas aku ucapkan tahniah dan memberikan tepukan . Gembira untuk dia sebab result dia before2 this memang stunning. Seterusnya, nama Asmizah . Haa yang Asmizah ni memang aku geram time tu sebab dia BFF aku and asek dok kata kat aku '' Mai, kita takutlah result kita tak ok sebab masa tu kita memang blur nak jawab karangan PA dengan BM . Merepek sangat rasanya . Habislah kita ~'' Tapi, ni haaa dapat jugak top 15 . Aku tengok si Asmizah terkejut dan nangis . Tahniah untuk awak Oyot ! Itu namanya rezeki .

 Lepas tu cikgu umumkan keputusan yang seterusnya . '' Ni saya tak tahulah Puan ke Cik ni . Calon STPM 2012 yang mendapat keputusan terbaik STPM seterusnya ialah Maizurin binti Ismail dengan memperoleh pointer 3.59 '' Sumpah aku terkejut ! It's me?!! Ya Allah , syukur ~ syukur~Aku tak tahulah macam mana muka aku masa ambil result di tangan pengetua . Ayaq mata ja keluaq . Lepas tu masa nak duduk kat sit aku, cikgu aku a.k.a King Saha siap cakap lagi . '' Haaaa, Maizurin ni dulu dalam kelas kalau time belajar asek haaaa huuuu haaa je menguap memanjang. Ini bermakna orang yang mengantuk dalam kelas pun boleh dapat keputusan yang baik.'' Satu dewan gelak tapi ada aku kesah ? Haha, masa tu emosi tak stabil dan terus mengalir air mata kegembiraan ~~~

Kemudian, aku terus call mak dalam tangisan dan bagitau result aku . Sebenarnya mak aku tak dengar pun apa aku cakap dan mak tak tahu pun result aku . Bila dah sms baru lah mak faham. hehe, kelakar je mak aku ni . Then, berpusu-pusu lah sms masuk kat hp sebab nak tanya result . Mana yang dah tau tu sms ucapan tahniah diucapkan . Alhamdulillah, Terima kasih :)

....... Begitulah flashback saya ........


- Piala | Sijil | RM 100-
Alhamdulillah, walaupun masa TRIAL STPM aku cuma dapat 2.25 je pointer tapi berkat usaha , pertolongan dan doa dari insan-insan disekeliling aku, aku berjaya mencatat satu kejayaan bermakna dalam hidup aku . Semua ini rezeki . Rezeki yang Alah beri . Syukur~ 

Ini juga merupakan satu permulaan dan aku berharap agar ada lah rezeki aku dan kawan² nak sambung belajar hingga ke menara gading . In Shaa Allah, Aminnn :)


-Peka | Aida | Comel | Asmizah | Mazlina-


p/s : STPM . Sijil TerPayah Malaysia . Ahaks ! :')




1 comment:

afiqahliyana said...

nice blog... follow kita jugak yee.. tq nanasecretbook.blogspot.com


Your IP number is : AWAS ! TINDAKAN ANDA DI BLOG INI SEDANG DIPERHATIKAN