Assalamualaikum ♥
Hallo everyone .
Bersua kita semula setelah sekian lama . Haaaa ni aku nak update life aku yang baru . Life yang lama aku dah bungkus ikat tepi minda aku . Semuanya tinggal kenangan . Kejayaan yang lepas harus dibangga tapi haram di-riak-kan dengan mengungkit ungkit dengan sengaja dihadapan insan yang kecundang dengan niat membuatkan mereka sedih dan bukan dijadikan sebagai pengajaran atau teladan. Huhu, aikk start start je dah macam emosional plak ek? Tak dop la ~ ini sekadar nasihat ~
Okayh , syukur alhamdulillah sebenarnya aku dah futher ke menara gading . Menara gading aku tu Universiti Utara Malaysia (UUM) namanya di nun UTAGHA sana .
Klik gambar untuk tumbesaran . |
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi atas kurniaan dan nikmat yang diberi . Siapa yang tak nak sambung belajar kan? Nabi pun berpesan menuntut ilmu lah kamu hingga ke liang lahad . So after 8 bulan tinggalkan alam persekolahan moh la kita masuk ke 'dunia baru' iaitu alam unibersiti . Ihikz !
Jujur aku cakap mula mula bila dapat tau aku dapat UUM ni aku senyap membatu diam membisu . Aku fikir jarak antara johor dengan kedah yang jauh tu menyebabkan aku bingung kejap . Yelah mana tak nya .. aku target UTM skudai tu je tak pun paling koman kat UKM tu tapi apa yang dapat ialah UUM . Redha je lah nak oii ~
Haaa ~ hampa tengok lah sendiri Selatan ke Utara . Aku sentap tauk !
Tapi setelah dimotivasikan oleh ahli keluarga, saudara mara, guru dan sahabat handai maka aku pun redha dan yakin untuk teruskan pelajaran ke UUM . Iyolah penat aku study STPM tu takkan lah tak sambung study kan . Jadi, aku manfaatkan peluang yang ada depan mata . Aku tak nak apa yang aku harapkan tak dapat dan apa yang terhidang depan mata aku abaikan . Syukur atas nikmat Allah itu wajib ye kawan - kawan .
Kemudian, kursus yang aku dapat tu pun aku tak berapa nak sure pekebenda Pengurusan Operasi ni? Dah lah 50% teori, 50% calculation . Matilah nakk ~ aku ni bab mengira memang failed . Namun, bila aku fikirkan semula, sampai bila aku nak takut dengan number? sampai bila aku nak hidup dalam kepompong dunia bacaan dan hapalan semata-mata . From there aku sedar aku harus pecahkan segala benteng ketakutan dan kegerunan terhadap nombor even aku tak minat pun kat kau wahai nombor . Ishh, tapi bab duit aku minat lah . Hahahah ($_$) !
Then, aku pun teringat balik ayat yang selalu aku nasihatkan kat kawan-kawan aku : -
"Mungkin perkara yang kita tak minat itu lah sebenarnya punca rezeki kita ."
Errkk, salu guna ayat tu kat orang lain laa ni terkena batang hidung sendiri . Wiwiwiwi ~ :D
Sekarang apa yang aku fikir ialah parents aku happy aku sambung study dan mereka redha serta merestui aku belajar jauhhhh ke UUM ni . Pada aku tak ada apa yang lebih penting melainkan restu mak bapak kerana jika mak bapak kita redha kita maka Allah pun redha dengan kita . Tapi, usaha tu nak kena ada jugak bak kata ayah aku '' Doa doa jugak tapi jangan lupa study. " Haha, baik bos !
Maka tanggal 30 Ogos 2013 kami sekeluarga ( w/o angah and atok ) bertolak ke UUM Sintok, Kedah pada jam 8.00 malam dan alhamdulillah kami sampai dengan selamat pada jam 12.00 tengah hari keesokan harinya .
Jom tengok UUM sikit .
Orang lain nyambut merdeka aku nyambut kesyahduan je . Huuu ~ daftar 2 September 2013 so kami manfaatkan masa yang ada dengan jenjalan di Kedah dan Peghelih . Hmm tak pergi jalan² sangat pun cuma tengok² kawasan je . Syukur Kedah ni sejahtera sangat bak hang ~ Memang tak jammed jalan raya pastu banyak lak kawasan peranginan dan riadah . Tunggu hang nanti sat lagi aku sewa kereta kami pusing satu kedah ni dalam masa 4 tahun . Heee sempat ke? InshaAllah sempat punya ~
Mak bapak aku tinggalkan aku kat kedah ni pada tanggal 2 September 2013 jam 2.30 petang . Mereka sempat memberikan nasihat dan ciuman di kedua belah pipiku yang lebar dan dahiku yang luas ni aja . Syukur ianya lebar dan luas maka cukup space sorang satu nak cium . Hahahah :D
Mak : - Belajar elok-elok ye long , jaga diri ~
Aku : Restui along belajar kat sini ye mak, ayah . Doakan along berjaya tau ~
Ayah : - Jaga diri anak ayah, jangan nak harapkan doa je ~ kena belajar jugak . Nanti nak apa-apa bagitau yee~
Aku :- Ishh, along kan dah besar pandai jaga diri tapi tu la along cuma nak minta mak ayah restu dan duit je . Hoho ( dasar mata duitan~) Gurau² je~
Syukur sedara mara ada tolong hulur sikit time aku nak sambung belajar ni sebab kelengkapan dan yuran semuanya memang $$$$$$$ ~ Alhamdulillah ya Allah kerana Kau permudahkan segala urusanku ...
Annyong ! Greetings from depan pintu bilik . Heee, banyak lagi nak cerita ni tapi nantilah ea ni aku nak print note untuk ke kuliah esok . Haha, over kau 'kuliah' ek, kelaih sudah la ~ Lalalalala ~
Assalam !
p/s :- Rindu orang Johor . SANGAT ! :)